12,541 kes baharu hari ini

0
2
grafik

KES jangkitan baharu Covid-19 masih melepasi angka 11,000 dengan 12,541 kes direkodkan hari ini, sekali gus menjadikan kes kumulatif sebanyak 893,323.

Angka itu menurun sedikit berbanding 13,215 kes semalam, iaitu tertinggi pernah direkod sepanjang wabak ini melanda Malaysia.

Berdasarkan data dan infografik dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Facebooknya, Selangor masih mencatatkan kes tertinggi iaitu 5,512 berbanding 6,120 kes semalam.

Ia diikuti Negeri Sembilan (1,619), Kuala Lumpur (1,542) manakala Johor (609), Melaka (575), Kedah (458) dan Sarawak (423).

Pahang pula merekodkan kes harian Covid-19 sebanyak 382 kes, Pulau Pinang (376), Sabah (326), Perak (299) dan Kelantan (225).

Sementara itu Terengganu dengan 102 kes, Putrajaya (62), Labuan (24), Perlis (7). – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here