Ebit Lew terharu terima ucapan takziah dari kementerian Palestin

0
2

PENDAKWAH kesayangan ramai, Ebit Lew meluahkan rasa terharu apabila menerima ucapan takziah daripada Kementerian Luar Palestin selepas mendapat perkhabaran pemergian bapanya, Selasa lalu.

Ebit berkata, walaupun menyertai misi kemanusiaan ke Gaza hanya beberapa hari tetapi beliau sangat terharu dengan ingatan yang diberikan.

“Terima kasih tak terhingga pada Dr Mahmoud El Mahdoun dan Kementerian Luar Palestin. Terharu bila tiba-tiba dapat panggilan takziah dari pemimpin Palestin.

“Katanya Allah balas segala pengorbanan ustaz sanggup berjauhan dengan ayah demi Palestin. Allahuakbar.

“Allah pasti akan bantu bebasnya Palestin dan janjinya itu benar. Tiada lagi penganiayaan dan kezaliman Israel. Ya Allah berilah bantuan dan kemenanganMu pada kami. Bantulah penduduk Palestin,” katanya dalam hantaran Facebook.

Bapa Ebit meninggal dunia pada petang Selasa lalu di Hospital Gleanagle.

Pegawai khas beliau, M Azizul Fauzi memaklumkan bapa pendakwah kesayangan ramai itu menghembuskan nafas terakhir pada jam 2.45 petang.

Bulan lalu, beliau berjaya memasuki Gaza untuk misi kemanusiaan dan mengagihkan bantuan kepada penduduk Palestin. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here