Sidang DUN Terengganu September depan

0
3

PERSIDANGAN Dewan Undangan negeri (DUN) negeri Terengganu akan diadakan September depan.

Menteri Besarnya, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, berkata pembukaan persidangan DUN selama tiga hari mulai 13 September depan sudah diperkenankan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.

Katanya, makluman mengenai pembukaan persidangan DUN akan dihantar kepada 32 Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) termasuk 10 wakil Barisan Nasional (BN) dalam tempoh terdekat, lapor Berita Harian.

“Kerajaan negeri akan memastikan persidangan DUN diadakan mengikut pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya melalui kenyataan, hari ini.

Kali terakhir persidangan DUN membabitkan pembentangan Bajet 2021 oleh Ahmad Samsuri diadakan selama tiga hari, pada November lalu.

Pada persidangan itu, hanya wakil rakyat dan ketua jabatan sahaja dibenarkan hadir berikutan pandemik COVID-19.

Bekas Menteri Besar yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Said ketika mengadakan sidang media khas semalam, menggesa kerajaan negeri mempercepatkan DUN.

Ahmad yang juga Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) Kijal, membuat gesaan itu berkata, persidangan DUN perlu disegerakan berikutan negeri ini sudah berada pada fasa kedua Pelan Pemulihan Negara (PPN). – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here