MENTERI Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa akan menjalani kuarantin secara sukarela di rumah susulan seorang pegawai khasnya disahkan positif Covid-19.
Pejabat Menteri Wilayah Persekutuan menerusi kenyataan kata, ia susulan pengesahan keputusan ujian saringan ke atas salah seorang pegawai khas Annuar yang positif Covid-19.
“Semua pegawai Pejabat Menteri Wilayah Persekutuan termasuk YB menteri akan menjalani kuarantin secara sukarela di rumah masing-masing sementara menunggu keputusan ujian saringan.
“Kerja-kerja sanitasi di Pejabat Menteri Wilayah Persekutuan di tingkat 6, Menara DBKL 1, sudah dilakukan dan Pejabat Menteri Wilayah Persekutuan akan ditutup untuk tempoh beberapa hari,” katanya.
Kenyataan itu berkata, Annuar memohon maaf di atas sebarang kesulitan berhubung perkara tersebut. -Malaysiapost

