Tun Dr Mahathir serba salah namakan Mukhriz calon PM

0
3

TUN Dr Mahathir Mohamad mengakui serba salah menamakan anaknya, Datuk Seri Mukhriz sebagai calon Perdana Menteri yang dinyatakannya selepas ditekan memberi nama tiga individu layak memegang jawatan itu pada masa depan.


Bekas Perdana Menteri itu berkata susulan tekanan berkenaan beliau turut menamakan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai calon Perdana Menteri.

Namun, secara jujur, katanya, dia tidak memilih Azmin untuk memegang jawatan paling tinggi dalam pentadbiran negara.

“Saya tidak mahu beri nama sesiapa pun tetapi bila ditanya dan ditekan juga untuk beri nama, saya kata ada orang yang fikir oleh kerana saya baik dengan Azmin Ali maka Azmin calon saya, dia bukan calon saya.

“Cumanya saya sebut ini pendapat orang, oleh itu Azmin adalah layak jadi perdana menteri, masih ditanya lagi siapa, hendak tiga nama.

“Saya berada dalam keadaan serba salah dan saya terpaksa sebutkan antara mereka adalah Mukhriz tapi ini terpulang kepada mereka,” katanya dalam sidang media maya Parti Pejuang, hari ini.

Dalam program What’s Going On Malaysia? With Harith Iskandar disiarkan secara langsung di Youtube semalam, Dr Mahathir menamakan Mukhriz dan Azmin sebagai calon Perdana Menteri pada masa depan.

Ahli Parlimen Langkawi itu dilaporkan berkata, dirinya tidak percaya dengan memilih hanya seorang kerana calon-calon itu perlu bersaing untuk mendapat jawatan nombor satu dalam kerajaan.- Malaysiapost

Artikel berkaitan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here