KERAJAAN wajar melonggarkan prosedur operasi standard (SOP) bagi Perlis yang merekodkan kes Covid-19 yang rendah bagi membolehkan rakyatnya kembali bergerak bebas dan sektor ekonomi kembali dibuka
Perkara dicadangkan Ahli Parlimen Arau yang juga Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PNBBC), Datuk Seri Shahidan Kassim.
Shahidan berkata ini kerana ketika ini Perlis telah beralih kepada fasa kedua Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan menunjukkan perkembangan positif.
“Perlis akan memasuki fasa ketiga dalam masa terdekat disebabkan oleh kes jangkitannya dalam keadaan terkawal,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Perlis hari ini mencatatkan tiga kes baharu Covid-19, iaitu terendah berbanding negeri-negeri lain.
Setakat ini, lapan negeri termasuk Perlis telah beralih ke fasa 2 kerana mencapai indikator yang ditetapkan untuk peralihan fasa PPN.
Selain Perlis, negeri yang terlibat ialah Terengganu, Kelantan, Pahang, Perak, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak. – Malaysiapost

