Kes melonjak disebabkan saringan besar-besaran, bersasar di kawasan PKPD

0
2

PENINGKATAN kes Covid-19 secara mendadak hari ini disebabkan ujian saringan secara besar-besaran dan bersasar dilakukan di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ini terutama di Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan.

Katanya, tiga negeri menjadi penyumbang terbesar kepada peningkatan kes baharu yang mencecah 13,215 kes hari ini, iaitu Selangor (6,120 kes), Negeri Sembilan (1,603) dan Kuala Lumpur (1,499).

“Semalam, seramai 134,569 individu menjalani ujian saringan dan di Selangor sahaja 50,646 individu disaring, yang mana 6,120 kes positif COVID-19 direkodkan.

“Trend peningkatan kes positif Covid-19 bukan sahaja berlaku di Malaysia bahkan negara-negara jiran seperti Indonesia juga
mencatatkan 56,757 kes positif hari ini, manakala Thailand merekodkan 9,186 kes.

“Negara-negara Eropah turut bergelut dengan peningkatan kes seperti United Kingdom yang mencatatkan 42,302 kes dan Rusia yang mencatatkan 25,293 kes,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here