Jangan remehkan usaha pihak yang bantu rakyat – Pemuda Umno

0
2

KETUA Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mengingatkan pihak yang enggan membantu rakyat supaya tidak meremehkan usaha orang lain berbuat demikian.

Beliau berkata, setiap hari sejak beberapa bulan lalu ratusan mesej dan komen diterima pihaknya daripada orang ramai yang berkongsi kisah kesempitan hidup, kegelisahan dan penderitaan ditanggung mereka.

“Setiap hari selepas Subuh sejak beberapa bulan ni, rutin harian membaca ratusan mesej dan komentar maklum balas orang ramai berkongsi kesempitan, kegelisahan dan kesusahan mereka.

“Mesej-mesej ekstrim (yang diterima) sehingga ada yang berkira-kira nak bunuh diri sudah semacam lumrah. Jadi kena faham, kenapa kami Pemuda Umno begitu lantang bersuara untuk mengangkat suara rakyat marhain melalui pelbagai cara.

“(Pelbagai) pendekatan(untuk membantu rakyat) termasuk bersemuka, whatsapp, telefon dengan kepimpinan tertinggi kerajaan selain menggerakkan kuasa rakyat melalui media sosial,” katanya dalam hantaran Facebook.

Justeru, beliau mengingatkan pihak yang meremehkan usaha Pemuda Umno supaya berhenti sekiranya tidak mahu membantu.

“Ayuh! Sama-sama kita membantu rakyat dan usah meremehkan usaha orang lain.

“Jika tidak mampu menjadi garam yang menahan daging daripada membusuk, usahlah menjadi langau yang membusukkannya,” katanya. – Malaysiapost

Artikel berkaitan :

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here