1.4 juta ujian Covid-19 dalam tempoh 14 hari

0
2
Orang ramai menunggu giliran bagi menjalani saringan Covid-19 di pekarangan Dewan Seri Siantan Sungai Tua hari ini.

UJIAN sampel Covid-19 membabitkan RT-PCR dan RTK-Ag yang dijalankan di makmal Kementerian Kesihatan (KKM) dan makmal-makmal swasta semalam mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 131, 706.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata jumlah itu mampu dipertingkatkan lagi terutama bagi ujian saringan secara tertumpu.

“Masih terdapat kapasiti untuk menjalankan lebih banyak ujian dan ia masih boleh ditambahkan lagi misalnya di makmal-makmal swasta.

“Kapasiti ini akan digunapakai sebaiknya bagi menjalankan ujian Covid-19 terutama bagi ujian tertumpu,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Beliau turut berkongsi infografik menunjukkan jumlah sampel Covid-19 yang diuji untuk tempoh 14 hari bermula 30 Jun lalu.

Berdasarkan data, secara keseluruhan dalam tempoh dua minggu berkenaan sebanyak 1.4 juta ujian RT-PCR dan RTK-Ag dijalankan dengan 124,203 sampel pada 12 Julai dan 131,706 sampel ujian semalam.

Malaysia mencatatkan jumlah kes harian baharu Covid-19 melebihi lima angka dua hari berturut-turut iaitu 11,079 kes semalam dan 11,618 kes dilaporkan hari ini menjadikan keseluruhan kes setakat ini adalah 867,567 kes. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here