27 kes Varian Covid-19 Delta dikesan di Malaysia

0
2

SEBANYAK 27 kes varian Covid-19 Delta yang merupakan varian paling bahaya dikesan di dalam negara dalam tempoh dua minggu lalu.

Berdasarkan laporan Kementerian Kesihatan (KKM) berhubung perkembangan varian Covid-19 sejak 13 hari lalu, negara merekodkan 76 kes varian Covid-19 baharu.

“Daripada 1 hingga 13 Julai 2021, sebanyak 76 kes varian baharu telah dikenalpasti iaitu 48 kes varian Beta (B.1.351), 27 kes varian Delta (B.1.617.2) dan satu kes varian Theta (P.3).

“Hanya satu kes varian Beta melibatkan kes import manakala selebihnya adalah kes tempatan,” kata KKM menerusi hantaran di Facebooknya.

Awal bulan ini, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran varian Covid-19 Delta yang cepat menular dan sentiasa bermutasi mengakibatkan dunia kini dalam tempoh sangat bahaya.

Ketua Pengarah WHO, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus, turut mendesak pemimpin negara di seluruh dunia supaya mempercepat program vaksinasi dan meningkatkan keberkesanan kesihatan awam bagi memerangi Covid-19 akibat varian Delta. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here