Asrama doktor pelatih HTAR jadi wad Covid-19

0
2
.Dozens of hospital staff and in-patients at Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) in Klang have tested positive for Covid-19 in the past fortnight, raising concerns of an outbreak in the hospital..— KK SHAM/The Star

HOSPITAL Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang memaklumkan pemindahan doktor pelatih ke bangunan Asrama Pelajar Perubatan Universiti Malaya (UM) adalah untuk mengoptimumkan penggunaan fasiliti itu yang berfungsi sebagai wad Covid-19 berisiko rendah.

HTAR Klang dalam kenyataan memaklumkan, keputusan itu dibuat semasa lawatan Pengarah HTAR, Dr Zulkarnain Mohd Rawi bersama Unit Pembangunan, Jabatan Perubatan, Unit Pentadbiran dan Unit Fasiliti Hospital ke Asrama Doktor Pelatih Blok A pada 5 Julai lalu.

HTAR berkata, dalam lawatan berkenaan Pengarah membuat keputusan untuk menukar fungsi Blok A dan B Asrama Doktor Pelatih sebagai Wad Covid-19 kategori satu dan dua.

“Sehubungan itu, penghuni Blok A Asrama Doktor Pelatih yang menempatkan 10 doktor pelatih wanita dan blok B menempatkan dua doktor pelatih lelaki akan dipindahkan ke Asrama Pelajar Perubatan UM selepas kerja-kerja penyelenggaraan dibuat di Blok B dan E Asrama Pelajar Perubatan UM,” kata kenyataan itu, hari ini.

Menurut kenyataan itu, notis berkenaan dikeluarkan kepada semua penghuni di Blok A dan Blok B Asrama Doktor Pelatih supaya berpindah ke Asrama Pelajar Perubatan UM dalam tempoh empat hari sejak Jumaat lalu.

“Pada masa sama, pihak konsesi membuat kerja-kerja penyelenggaraan di Asrama Pelajar Perubatan UM untuk menerima doktor pelatih yang sebelum ini ditempatkan di Asrama Doktor Pelatih.

“Selepas semua pemindahan doktor pelatih ke Asrama Pelajar Perubatan UM selesai dilakukan pada Isnin lalu, fungsi Blok A dan B Asrama Doktor Pelatih telah ditukarkan kepada Wad Covid-19 berisiko rendah,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here