Polis temui lapan tompokan pada sarung tilam

0
2

LAPAN tompokan dipercayai air mani dikesan pada sarung tilam di kediaman Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tronoh Paul Yong Choo Kiong yang didakwa merogol pembantu rumahnya seorang warga Indonesia.

Perkara itu dimaklumkan di Mahkamah Tinggi Ipoh oleh Pegawai Penyiasat Inspektor V Simon, 38, dari Bahagian Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak dalam perbicaraan kes di hadapan Hakim Datuk Abdul Wahab Mohamed

“Bahan kes ini membabitkan cadar warna putih dengan lapan kesan tompokan dipercayai air mani.

“Ada jumpa juga empat helai rambut pada tilam,” kata Simon seperti dilaporkan Malay Mail hari ini.

Beliau berkata, bahan kes juga melibatkan dua calitan kesan tompokan yang ditemui di atas lantai bersebelahan katil di lokasi siasatan.

“Antara barang kes lain yang diambil dari tempat kejadian ialah mop lantai, seluar dalam lelaki warna kelabu, pakaian, seluar pendek warna biru, seluar dalam warna merah jambu dan baju dalam warna biru,” katanya.

Ketika disoal Timbalan Pendakwa Raya Zawani Mohd Radzi dari mana barang kes berkenaan diperoleh, Simon memaklumkan dia mengumpulkan empat barang kes daripada mangsa iaitu t-shirt putih, seluar pendek warna biru, seluar dalam merah jambu dan baju dalam warna biru di Pejabat Pegawai Penyiasat kes berkenaan.

Sementara itu, Peguam Datuk Rajpal Singh adan Salim Bashir, yang mewakili Paul Yong memohon untuk menyoal balas saksi sama esok.

Abdul Wahab membenarkannya dan perbicaraan disambung jam 10.15 pagi esok.

Terdahulu seorang lagi saksi iaitu Pengarah agensi pembantu rumah Hong Ngin Sin turut memberi keterangan.

Ngin Sin menjawab tidak apabila ditanya oleh Salim sama ada beliau memaklumkan dalam laporan polis dibuat mengenai mangsa dirogol ketika mendapat maklumat daripada pekerjanya.

Pihak pendakwaan kemudian bertanyakan kenapa beliau tidak menyatakan mangsa dirogol dalam laporan polis, Ngin Sin memberitahu kerana tidak bertemu dengan mangsa.

“Sepanjang 20 tahun pengalaman melatih pembantu rumah warga asing, kebiasaannya mereka akan memberi pelbagai alasan untuk pulang termasuk dirogol, tidak diberi makan dan banyak lagi.

“Saya perlu bertemu pekerja berkenaan sebelum membuat sebarang keputusan mengenai aduan mereka. Jika silap majikan boleh saman agensi,” katanya.

Paul Yong, 51, mengaku tidak bersalah melakukan perbuatan itu di kediamannya di Meru Desa Park, Ipohi antara 8.15 malam hingga 9.15 malam pada 7 Julai 2019.

Kes itu sebelum ini disebut di Mahkamah Sesyen namun pada 15 Disember 2020, Mahkamah Persekutuan membenarkan permohonan pembelaan supaya ia dipindahkan ke Mahkamah Tinggi untuk perbicaraan.

Adun Tronoh itu didakwa di Mahkamah Sesyen Ipoh pada 23 Ogos 2019 ketika memegang jawatan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baru Perak. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here