Berdosa biar rakyat sakit lambat dapat rawatan – Najib

0
2

BERDOSA biarkan orang yang sudah sakit untuk beratur 10 jam sehingga ke jalan raya sebelum mendapat perhatian, kata Datuk Seri Najib Razak.

Bekas Perdana Menteri itu meluahkan kebimbangannya berhubung pengurusan kes Covid-19 di Selangor yang didakwa gagal diurus secara efisien.

“Tapi tetap berlaku. Malah bertambah teruk. Mereka ini beribu-ribu warga Malaysia, tahu? Mereka sedang sakit, tahu?

“Kerajaan PH (Pakatan Harapan) Selangor, suruhlah kerajaan pusat untuk sediakan lebih banyak lokasi pusat penilaian Covid-19 (CAC) di pelbagai daerah untuk ringankan beban.

“Jika kita boleh buat banyak mega PPV (pusat penerimaan vaksin), tak ada sebab kita tak boleh buat lebih banyak CAC yang lebih kecil tapi tersebar supaya mereka tidak perlu berkumpul dan bersesak di satu lokasi mega,” katanya di Facebooknya, hari ini.

Mengulas lanjut, Najib berkata isu kesesakan di CAC pernah diutarakannya sebelum ini dengan memberi cadangan penyelesaian.

“Isu kesesakan ini saya pernah utarakan dua bulan dahulu. Siap beri cadangan cara penyelesaian. Tapi tetap berlaku. Malah bertambah teruk.

“Kenapa ini masih boleh berlaku malah bertambah parah. Kenapa kamu tiada belas kasihan pada mereka?

“Ibu dengan anak, warga emas. Semua sedang sakit. Ada yang tenat. Semua terpaksa beratur bersama ribuan lagi pesakit Covid,” katanya lagi.

Terdahulu, media melaporkan pasukan perubatan kecemasan Selangor dikerah ke CAC di Stadium Melawati, Shah Alam dan Dewan Sri Andalas di Klang untuk merawat keadaan pesakit Covid-19 yang teruk sementara menunggu kemasukan ke hospital.

Ini kerana berlaku beberapa insiden pesakit di CAC Stadium Melawati bertambah buruk ketika sedang menunggu dimasukkan ke hospital. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here