SEBANYAK 324,745 dos suntikan vaksin Covid-19 diberikan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan pemberian vaksin di seluruh negara kini 11,075,493 dos.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, daripada jumlah pemberian dos harian berkenaan, sebanyak 213,971 adalah dos pertama manakala 110,774 adalah dos kedua.
Sehingga semalam, katanya, jumlah keseluruhan pemberian vaksin Covid-19 dos pertama ialah 7,649,848 dan dos kedua 3,425,645
“Lima negeri yang mencatatkan pemberian vaksin tertinggi pada Sabtu ialah Selangor dengan 78,081 orang, disusuli Sarawak (62,241), Kuala Lumpur (46,695), Johor (26,050), Perak (24,067) dan Negeri Sembilan (19,563).
“Selain itu, Sabah (16,112) Terengganu (12,282), Pulau Pinang (11,953), Melaka (8,692), Pahang (6,102), Labuan (2,311), Perlis (2,596) dan Putrajaya (2,216),” katanya menerusi hantaran di Twitter hari ini. – Malaysiapost

