Messi akhiri kemarau trofi antarabangsa

0
2

LIONEL Messi akhirnya memenangi kejuaraan utama di pentas antarabangsa apabila membantu Argentina menewaskan Brazil 1-0 dalam final Copa America di Stadium Maracana, Rio de Janeiro pagi tadi.

Ia juga menamatkan kemarau kejuaraan Argentina dalam saingan Copa America dalam tempoh 28 tahun setelah kali terakhir menjulangnya pada 1993.

Pemain sayap, Angle de Maria menjaringkan gol tunggal perlawanan menerusi sepakan lambung yang melepasi jangkauan Ederson pada minit ke-22.

Bermula babak kedua, kemasukan penyerang Liverpool, Roberto Firmino menguatkan serangan Brazil apabila mula memberi tekanan kepada pertahanan Argentina.

Hasilnya pada minit ke-52 sepakan Richarlison menggegar jaring Argentina namun dibatalkan kerana offside.

Selepas itu usaha Brazil mencari gol penyamaan digagalkan dengan kekentalan barisan pertahanan Argentina yang turut menjadikan Neymar sebagai sasaran dengan beberapa kekasaran.

Pada minit ke-88 Messi berpeluang menambah jaringan namun cubaannya menggelecek Ederson menyebabkan peluang terhidang terlepas begitu sahaja.

Namun ia sudah cukup memberikan kejayaan pertama buat Messi di pentas antarabangsa selepas kecewa dalam final 2007, 2015 dan 2016.

Ia juga mengubati kekecewaan Argentina yang tewas 0-1 kepada Jerman dalam final Piala Dunia 2014 di stadium sama.

Bagi Brazil harapan menjulang Copa America kali kedua berturut-turut tidak kesampaian, apa lagi beraksi di laman sendiri. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here