Tiga lokaliti di Sabah dikenakan PKPD

0
3
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Bersasar di Residensi Hijaun Pantai, Lembah Pantai.

KERAJAAN hari ini mengumumkan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) di tiga lokaliti berbeza di Sabah bermula Isnin ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yakob, berkata pelaksanaan PKPD di tiga lokaliti tersebut berdasarkan berlakunya peningkatan kes dalam tempoh singkat dan kadar kebolehjangkitan yang tinggi di lokasi terlibat.

Menurutnya, pelaksanaan PKPD di tiga lokaliti itu juga berdasarkan kes yang meningkat dalam tempoh seminggu.

“Tiga lokaliti tersebut adalah QL Farm Membalua di Tawau, Kampung Pikat Bongawan, Papar serta tiga lokaliti di Kota Kinabalu iaitu Kampung Suang Parai, Taman Kingfisher Sulaman dan Bandaran Berjaya.

“Pelaksanaan PKPD ini akan berkuat kuasa selama 14 hari bermula 12 hingga 25 Julai nanti,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here