Kes baharu Covid-19 melonjak 9,353, paling tinggi direkodkan!

0
3
grafik

MALAYSIA melakar sejarah hitam sekali lagi hari ini apabila merekodkan jangkitan harian Covid-19 sebanyak 9,353 kes, paling tinggi pernah direkodkan sejak wabak melanda negara.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sehingga kini jumlah kumulatif kes positif Covid-19 direkodkan di Malaysia ialah sebanyak 827,191 kes.

Selangor merekodkan jangkitan Covid-19 paling tinggi antara negeri lain iaitu 4,277 kes positif, juga merupakan rekod paling tinggi pernah dicatatkan negeri itu.

Manakala Kuala Lumpur di tempat kedua dengan 1,398 positif Covid-19, diikuti Melaka (835), Negeri Sembilan (638), Johor (399), Kedah (364), Sarawak (352), Sabah (251), Pahang (247), Pulau Pinang (180), Perak (145).

Negeri yang merekod angka dua digit kes positif Covid-19 ialah Kelantan iaitu 89, Labuan (85), Terengganu (50) dan Putrajaya (39).

Perlis pula merekodkan hanya 4 jangkitan harian Covid-19 positif. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here