Hospital Selayang nafi kumpul dana beli tangki oksigen

0
3
Kredit: berita harian

JABATAN Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) memaklumkan inisiatif kutipan dana untuk membeli bekalan tangki oksigen untuk Hospital Selayang bukan dilakukan oleh warga kerjanya.

Pengarah Kesihatan Negeri Selangor Datuka Dr Sha’ari Ngadiman, berkata pengurusan atau kakitangan hospital itu juga tidak meminta mana-mana pihak untuk mengumpulkan dana bagi pihak Hospital Selayang.

“Adalah dimaklumkan bahawa inisiatif kutipan dana tersebut tidak dilakukan oleh mana-mana anggota Hospital Selayang.

“JKNS merujuk kepada isu tular di Whatsapp pada 7 Julai lalu berkenaan kekurangan bekalan oksigen di Hospital Selayang.,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, Hospital Selayang mempunyai sejumlah 1325 port dan pada masa ini bekalan tangki oksigen adalah mencukupi.

“Pengurusan Hospital Selayang atau kakitangan hospital juga tidak meminta mana-mana pihak untuk mengumpulkan dana bagi pihak Hospital Selayang,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial, orang ramai memberikan sumbangan untuk membekalkan 20 tangki oksigen kepada Hospital Selayang.

Bagaimanapun, Hospital Selayang hari ini menafikan hospital itu berdepan masalah kekurangan bekalan tangki oksigen dan menyifatkannya sebagai palsu.

Justeru, JKNS menasihatkan orang ramai berwaspada apabila menerima berita berkenaan yang tular di media sosial. – Malaysiapost

Foto Kredit: NSTP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here