Aksi “sporting” pengantin perempuan dukung suami cuit hati warganet

0
3

Nurul Huda Abhar

PERKONGSIAN gambar pengantin perempuan mendukung suaminya pada hari pernikahan mencuit hati warganet termasuk memuji pasangan itu sangat “sporting”.

Menerusi hantaran di Facebook Syidah Tat yang juga pengantin perempuan tersebut, dia berkata tidak menjadi masalah buatnya untuk mendukung suami seberat 53 kg itu.

“Pikul load (beban) naik gunung-ganang berhari-hari boleh takkan la nak pikul suami sendiri tak boleh. Alaaaaa dia 53kg jer pun hahaha. Bahagi 3 dengan Syitat.

“Alhamdulillah, sah bergelar seorang isteri kepada seorang suami yang bernama Mohamad Farid Bin Alias. Macam tak percaya pun ada,” tulisnya.

Berkongsi kisah percintaan mereka, Syitat mengakui telah lama mengenali Mohamad Farid iaitu sejak dari sekolah menengah.

Tambahnya, walaupun percintaan mereka pernah terputus di tengah jalan, namun jodoh antara mereka kuat sehingga disatukan pada 30 Ogos lalu.

“Kami bercinta tujuh tahun dari Syitat tingkatan empat sampai habis degree. Lepas tu kami break (putus) empat tahun setengah and then getback (kembali) semula hujung tahun lepas.

“Lepas sebulan, dia ajak Syitat nikah. Alhamdulillah hubungan kami mendapat restu dari kedua-dua belah keluarga. Benarlah jodoh itu rahsia Allah,” katanya lagi.

Gambar majlis pernikahan mereka yang berlangsung di Felda Lepar Hilir 1, Pahang mendapat ratusan komen yang mengucapkan tahniah dan memuji kecomelan aksi mereka itu.

“Tahniah kak Syidah..alaaa kenapa comel sangat ni,” tulis Eyla Aziela.

“Nampak sweet comel sangat suka. Selamat pengantin baru tau Syidah Tat,” komen Nurmaisarah Matnoh.

“Hebat la Syidah.. comel. Congratulations Syidah. Semoga kekal bahagia hingga ke syurga,” kata Syud Syuhada Jalil.

“Sporting korang…terbaik lah,” kata Eyda Zuraida. – Malaysiapost