Rakyat makan mee segera, pemimpin politik masih ‘bercakar’

0
2

KEADAAN mendesak ketika ini menyebabkan barang keperluan seperti ikan dan sayur merupakan barangan pilihan untuk dicuri di pasar raya besar sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Malah, makanan pilihan rakyat kini adalah mee segera dan ia dibuktikan apabila jualan barangan berkenaan meningkat dan menjadi pilihan pembeli.

Keadaan itu didedahkan sendiri Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin), Ameer Ali Mydin dalam satu wawancara khas bersama stesen televisyen tempatan semalam.

Beliau berkata, sebelum ini barang elektrik adalah barangan yang paling kerap dicuri, namun sejak PKP, ikan dan sayur adalah barangan yang paling kerap dicuri di pasar raya miliknya.

“Kes kecurian di pasar raya besar seperti Mydin dilaporkan meningkat, tetapi mereka ini bukannya mencuri barangan yang bernilai tinggi.

“Jika dulu, individu yang tidak bertanggungjawab datang ke pasar raya untuk curi televisyen dan pembesar suara untuk dijual. Sekarang ini, mereka terpaksa curi ikan kembung dan sayur-sayuran di pasar raya. Ini sangat menyedihkan,” jelasnya.

Beliau berkata, jualan mi segera turut naik mendadak pada ketika ini kerana harganya yang murah.

“Jualan mi segera kian meningkat. Adakah anda semua fikir orang kita malas masak? Tidak… Ia berlaku kerana orang sudah tidak mampu membeli makanan yang lain.

“Jadi mi segera ialah pilihan makanan yang paling murah untuk mengalas perut mereka. Adakah kita mahu rakyat kita mengisi perut mereka sebegini?” katanya.

Dalam pada itu, rakyat terus me­lahirkan kekecewaan di media sosial apabila kes jangkitan ha­rian Covid-19 terus mening­kat kepada 8,868 kes semalam.

Kebanyakan rakyat membuat luahan di media sosial mengakui muak dan tertekan dengan kes Covid-19 yang tidak menunjukkan tanda untuk pulih selain keadaan politik negara yang bergolak. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here