Sidang media Presiden Umno malam ini

0
2
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi

PRESIDEN Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dijadual mengadakan sidang media malam ini, sejurus berakhir mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT).

Perkara itu disahkan Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan menerusi hantaran di Facebooknya sebentar tadi.

Beliau turut memaklumkan mesyuarat MKT tersebut akan diadakan secara maya bermula jam 8.30 malam ini.

“Sidang media secara maya oleh Presiden Umno YB DS @DrZahidHamidi melalui FB UMNO Online & FB #BN Comms akan diadakan selepas Mesyuarat MKT,” katanya.

Mesyuarat MKT malam ini menarik tumpuan susulan Umno dikatakan akan membuat keputusan sama ada kekal atau meninggalkan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Mesyuarat itu dijangka memberi tumpuan kepada usaha-usaha membawa keluar Umno dari PN bagi membolehkan sebuah kerajaan baharu dibentuk yang dinamakan Jajaran Harapan.

Ia juga dijangka membincangkan mengenai pelantikan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Timbalan Perdana Menteri. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here