Azmin ucap tahniah pada Ismail Sabri, Hishammuddin

0
2

MENTERI Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob atas pelantikan sebagai Timbalan Perdana Menteri.

“Saya yakin kestabilan negara dan kemakmuran rakyat adalah usaha kita bersama. Teguh Kita, Menang Bersama,” katanya menerusi ciapan di Twitter.

Beliau juga mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang dilantik sebagai Menteri Kanan Luar Negeri.

“Saya yakin pengalaman dan kewibawaan saudara akan memperkukuhkan kerajaan dan kemakmuran negara. Teguh Kita, Menang Bersama,” katanya lagi. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here