Kes harian kekal catat angka lebih 7,000!

0
2

KES harian Covid-19 masih kekal di angka 7,000 dengan jangkitan baharu sebanyak 7,097 direkodkan hari ini.

Menerusi data dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Facebooknya, berdasarkan catatan kes baharu hari ini menjadikan keseluruhan kes terus meningkat kepada 799,790.

Jangkitan di Selangor dan Kuala Lumpur semakin membimbangkan apabila masing-masing mencatatkan kes harian tertinggi dengan 3,119 dan 1,005 kes.

Negeri Sembilan merekodkan 788 kes, diikuti Sarawak (289), Johor (224), Pahang (258), Kedah (198), Sabah (244), Perak (187) dan Melaka (258).

Pulau Pinang pula dengan 140 kes disusuli Kelantan (123), Labuan (26), Terengganu (43), Putrajaya (26) dan Perlis (2). – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here