Negara catat pemberian vaksin harian tertinggi 313,761 dos

0
3

KADAR pemberian vaksin Covid-19 harian mencatatkan jumlah tertinggi dengan 313,761 dos semalam iaitu jumlah tertinggi sejak Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dimulakan Februari lalu.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata secara keseluruhan 9,320,476 dos diberikan setakat semalam dengan 6,585,002 orang mendapat dos pertama dan 2,735,474 orang menerima dos kedua.

“Jumlah pemberian vaksin Covid-19 setakat 5 Julai 2021 ialah 9,320,476 dos. Sebanyak 313,761 dos pada 5 Julai, yang tertinggi setakat ini.

“Jumlah yang terima dos pertama ialah 6,585,002 orang dan daripada jumlah itu, 2,735,474 orang juga terima dos kedua,” katanya dalam satu ciapan di Twitter hari ini.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang turut berkongsi makluman itu, mengucapkan terima kasih kepada semua vaksinator, petugas kesihatan, pengamal perubatan dan sukarelawan yang bertugas di semua Pusat Pemberian Vaksin (PPV) seluruh negara.

“Ini satu momentum yang baik ke arah pencapaian komuniti kelompok,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here