Isu Covid-19 lebih penting dari Musang King – Najib

0
2
FILE PHOTO: Former Malaysian Prime Minister Najib Razak arrives at Kuala Lumpur High Court in Kuala Lumpur, Malaysia, June 1, 2020. REUTERS/ Lim Huey Teng

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berpendapat isu pencerobohan tanah di Tasik Chini dan terbaharu kebun Musang King di Raub, Pahang adalah isu penting, namun ia tidak sepenting isu Covid-19 yang kian meningkat dan memberi kesan kepada rakyat keseluruhan.

Ahli Parlimen Pekan itu berkata, kedua-dua isu berhubung pencerobohan tanah itu juga kini telah diselesaikan dengan beberapa tindakan termasuk penguatkuasaan dan tindakan mahkamah.

Menurutnya, ianya telah diselesaikan oleh kerajaan negeri kerana isu tanah adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.

“Sudah jadi kes mahkamah. Kerajaan negeri sudah ambil tindakan. Pihak Polis turut telah bertindak.

“Namun, tiada seorang pun meninggal dunia, bunuh diri, dijangkit Covid ataupun dihalang mencari rezeki selain 18 pekebun haram yang ditahan.

“Sebaliknya, lebih 13,000 dan sekitar 140 nyawa terkorban dalam tempoh dua hari lepas sejak isu durian Raub bermula. Berpuluh juta rakyat juga tetap dihalang mencari makan selama satu bulan 25 hari sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 bermula,” katanya yang mengulas mengenai isu kebun durian Musang King di Raub.

Menurutnya, isu paling penting negara ketika ini masih mengenai kegagalan kerajaan melawan Covid-19 yang membawa kerosakan kepada kehidupan seluruh warga Malaysia dan negara.

Beliau bagaimanapun berkata, isu membabitkan pencerobohan tanah bermula pada tahun 1970-an apabila kerajaan melaksanakan Rancangan Buku Hijau untuk menggalakkan pertanian di tanah terbiar terutamanya bagi penghuni ‘Kampung Baru’ yang ditubuhkan sebagai usaha melawan komunis.

“Durian mula ditanam di sana pada tahun 1990-an. Banyak tanah di sana bertukar menjadi kebun durian dan susulan kejayaan penanaman itu ada pekebun yang mula ceroboh tanah bukan milik mereka pada tahun 2000-an.

“Pada tahun lepas, kerajaan negeri Pahang melancarkan program dengan sebuah syarikat usaha sama bersama pihak swasta untuk menyelesaikan isu pekebun haram agar kerajaan akan berkongsi hasil dari penanaman durian secara haram.

“Beberapa pekebun durian membantah usaha ini sebab tidak berpuas hati dengan kadar berkongsi hasil. Masa itu, saya juga yang dedahkan badan bukan kerajaan (NGO) yang membela kumpulan pekebun tersebut sebenarnya dipimpin oleh orang DAP,” katanya.

Menurutnya, isu itu menjadi kes mahkamah pada tahun lalu dan kumpulan pekebun kalah di peringkat mahkamah tinggi, namun pekebun berjaya mendapat injunksi untuk tangguh arahan pengosongan tanah pada bulan Januari lalu sementara menunggu perbicaraan Mahkamah Rayuan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here