‘Buka Parlimen sekadar dengar ceramah kerajaan’

0
2
Syed saddiq. Kredit: IG

AHLI Parlimen Muar, Syed Saddiq Abdul Rahman mempersoalkan keputusan kerajaan membuka semula Parlimen namun tiada perbahasan dan undian.

Beliau berkata keputusan kerajaan itu seolah-olah menyebabkan semua Ahli Dewan Rakyat sekadar hadir untuk mendengar ceramah kerajaan.

“Saya nak bawa isu rakyat. Prosedur Operasi Standard (SOP) dua darjat. Yuran univerisiti dan nasib mahasiswa.

“Moratorium tanpa faedah. Rakyat1st, bukan untung Bank bank besar! Cash handout bagi rakyat. Peniaga kecil mati, tapi Kilang ok.

“Please la! Kalau nak buka, buka seluas-luasnya,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya hari ini.

Bekas Menteri Belia dan Sukan itu berkata pembukaan sidang Parlimen bukan sekadar formaliti supaya semua Ahli Parlimen mendengar ceramah kerajaan.

“Saya wakil rakyat. Rakyat bayar gaji saya. Saya wajib berkhidmat untuk mereka,” katanya.

Terdahulu Pejabat Perdana Menteri menerusi kenyataan berkata kerajaan bersetuju untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong supaya Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Keempat Belas diadakan mulai 26 hingga 29 Julai dan 2 Ogos 2021 bagi Dewan Rakyat, dan mulai 3 hingga 5 Ogos bagi Dewan Negara.

Mesyuarat itu bertujuan untuk memberi penerangan kepada Ahli-Ahli Parlimen mengenai Pelan Pemulihan Negara dan meminda semua perundangan dan peraturan bagi membolehkan persidangan Parlimen diadakan secara hibrid.

Berdasarkan Fasal (3) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan, semua proklamasi darurat dan ordinan yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong akan dibentang di hadapan kedua-dua Majlis Parlimen (shail be laid before both Houses of Parliament). – Malaysiapost

Sumber Foto: IG/Syed Saddiq

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here