Premis makanan kekal beroperasi 6 pagi hingga 10 malam

0
2
Kelihatan restoran mamak di Desa Sri Hartamas tiada pelanggan yang makan disebabkan arahan bungkus makanan sahaja dibenarkan dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 2.0).

DATUK Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menjelaskan operasi premis makanan dalam Fasa Satu dan Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) kekal bermula jam 6 pagi hingga 10 malam.

Menteri Kanan (Keselamatan) itu berkata prosedur operasi standard (SOP) itu sama seperti beliau umumkan sebelum ini.

Bagaimanapun katanya, hanya premis makanan di semua kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) beroperasi bermula 8 pagi sehingga 8 malam.

“Ini termasuk di mukim-mukim di Selangor dan beberapa lokaliti di Kuala Lumpur sahaja,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here