IPD Sepang bantu penduduk kehabisan makanan

0
3

NAMPAKNYA semakin ramai pihak tampil memberi bantuan kepada golongan susah dan memerlukan akibat kesan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berpanjangan.

Tidak terkecuali Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang membuktikan tagline ‘Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada’ amat bertepatan apabila bukan hanya menjaga ketenteraman dan keselamatan, malah prihatin terhadap kesukaran dihadapi rakyat.

Atas dasar prihatin terhadap kesusahan yang dihadapi penduduk, Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof mengambil inisiatif menyerahkan beberapa bungkusan makanan melalui anggotanya kepada penghuni sebuah rumah yang kehabisan bekalan makanan.

Menerusi perkogsian di Facebook Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang, usaha itu diambil sejurus menerima panggilan telefon daripada seorang wanita.

Wanita itu memaklumkan adiknya bersama rakan sekerja terpaksa dikuarantin dan tidak dapat keluar membeli keperluan makanan.

“Biarpun sumbangan diberi mungkin tidak seberapa, namun sebagai warga pasukan, kami akan cuba membantu semana termampu demi meringankan beban mereka yang terkesan,” tulis hantaran itu semalam. – Malaysiapost

Foto Kredit: FB/Polis IPD Sepang

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here