Isu Kampung Baru: Jangan reka cerita, kata Annuar Musa

0
3

MENTERI Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa meminta media tertentu tidak mereka-reka cerita dan membuat kesimpulan sendiri berhubung harga pembelian tanah di Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Beliau berkata perkara itu diselesaikan terlebih dahulu oleh Perbadanan Kampung Baru (PKB) sebelum rumah dan keputusan daripada cadangan dikemukakan kerajaan Pakatan Harapan (PH) terdahulu.

“Saya akan tunggul full report (laporan penuh) dari Perbadanan sebelum cadang apa- apa, tolong jangan berpolitik,” katanya menerusi ciapan di Twitter.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada laporan portal The Malaysian Insight yang mendakwa penduduk Kampung Baru terkejut apabila kerajaan sekarang tidak boleh membeli tanah mereka lebih dari kadar RM1,000 sekaki persegi.

Ia didakwa tidak seperti yang dihebohkan oleh beberapa pemimpinnya semasa mereka mengkritik tawaran pentadbiran PH sebelum ini.

Berdasarkan laporan portal itu, penduduk menteri menteri kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebelum ini mendakwa pembelian harga tanah Kampong Bharu boleh mencecah sehingga RM3,000 mengikut harga pasaran.

Ketika di bawah kerajaan PH, Menteri Wilayah Persekutuan ketika itu, Khalid Abdul Samad menawarkan harga RM1,000 satu kaki persegi untuk membeli tanah yang terbabit dalam pembangunan semula di Kampung Baru.

Ia dilaporkan nilai tertinggi pernah ditawarkan kerajaan terhadap mana-mana tanah milik orang Melayu di negara ini.

Ini kerana, kata Khalid, nilai terbabit bersamaan RM43.5 juta satu ekar atau 0.4 hektar, sekali gus pemilik akan menerima manfaat begitu tinggi berbanding penjualan mana-mana tanah milik orang Melayu.

Sementara itu dalam ciapan berasingan, Annuar mengingatkan pemegang lesen perniagaan di Petaling Street agar tidak menyerahkan lesen mereka kepada warga asing dan pendatang asing tanpa izin.

“Jika Pasar Borong boleh bersih, kenapa tidak Petaling street. Kembalikan imej “Malaysia” di Petaling Street,” katanya. – Malaysiapost

Kredit Foto: Reuters