KES jangkitan harian Covid-19 di Malaysia hampir mencecah angka 7,000 hari ini iaitu 6,988 kes.
Ia juga menyaksikan kes dalam negara melebihi 6,000 buat hari ketiga berturut-turut di sebalik genap sebulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh atau ‘total lockdown’ dilaksanakan.
Menurut data yang dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Facebooknya, jumlah keseluruhan kes Covid-19 di Malaysia kini ialah 758,967.
Seperti biasa Selangor mencatatkan kes tertinggi iaitu 2,885, diikuti Kuala Lumpur (988), Negeri Sembilan (692), Sarawak (544), Melaka (311), Johor (270), Kedah (250) dan Sabah (232).
Pahang melaporkan 195 kes, Pulau Pinang (174), Perak (149), Labuan (129), Kelantan (108), Terengganu (50), Putrajaya (10) serta satu kes di Perlis. – Malaysiapost

