TARIKH hari ini pada setahun yang lalu negara pernah mencapai angka sifar penularan tempatan Covid-19.
Pada tanggal 1 Julai 2020 itu, Malaysia hanya mencatatkan satu kes import dari luar negara dan ia kekal menjadi angka terendah harian yang pernah dicatatkan di negara ini.
Justeru selepas genap setahun berlalu, komposer dan penyanyi rap terkenal Altimet tetap optimis Malaysia mampu memenangi semula ‘peperangan’ melawan Covid-19.
“Setahun lepas. InsyaAllah kita boleh ulang lagi,” ciap penyanyi lagu Amboi itu hari ini.
Dalam ciapan sama, Altimet turut berkongsi poster memaparkan angka sifar yang pernah dikongsi laman sosial Kementerian Kesihatan (KKM) setahun yang lalu.
Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh ketika ini, Altimet turut aktif dalam menghulurkan bantuan kepada golongan yang terkesan.
Beliau juga menyokong penuh kempen mengibar bendera putih bagi membantu mereka kehabisan stok makanan. – Malaysiapost
Foto Kredit: TW/Altimet

