‘Buka Parlimen, bahas isu kenduri durian’

0
3
shabery cheek. Kreds: FB

“KAN dah beritahu, “durian brings happiness”, durian bawa kegembiraan. Mana ada orang makan durian seorang-seorang. Tak seronoklah, sendir Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata demikian susulan tular Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon bersama beberapa individu lain menikmati durian di sebuah kebun, baru-baru ini.

Sehubungan itu, Ahmad Shabery menyindir Ahli Parlimen Batu Pahat itu untuk menaikkan isu berkaitan prosedur operasi standard (SOP) bagi mengadakan kenduri atau jamuan durian beramai-ramai apabila persidangan Parlimen dibuka nanti.

“Kalau Parlimen buka nanti, Tuan Speaker bolehlah atur satu perbahasan mengenai tajuk ini: Demi kelangsungan industri durian, dan kegembiraan rakyat, SOP khas untuk kendurian. Khas untuk kawasan tertentu sahaja.

“Jangan lambat sangat. Musim nak habis dah. Tanpa prejudis. Harap video lama,” katanya menerusi Facebook. – Malaysiapost

Foto Kredit: FB/Shabery Cheek

Artikel berkaitan
https://malaysiapost.com.my/2021/06/30/timbalan-speaker-mohon-maaf-akui-tak-teliti-ulas-video-kenduri-durian/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here