Tony Spider meninggal dunia

0
3

PEMAIN bass kumpulan Spider, Tony Iskandar meninggal dunia awal pagi tadi.

Allahyarham dilaporkan menghembuskan nafas terakhir ketika berehat di studio rakaman Luncai Emas milik Datuk M Nasir di Sungai Buloh, kira-kira jam 2.30 pagi tadi.

Perkhabaran sedih itu dikongsi gitaris kumpulan Exists, Along menerusi hantaran Instagramnya.

“Pergi lagi seorang sahabat aku. Al fatihah buatmu Tony. Semoga Allah Swt tempatkan mu di kalangan orang beriman. Amin,” tulis Along.

Difahamkan, jenazah Allahyarham kemudian dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk urusan selanjutnya.

Selain Allayharham Tony, band Spider yang mendapat didikan serta asuhan M Nasir turut dianggotai oleh Tam (vokalis), Nafie (pemain gitar), Aie (pemain gitar) dan Is (pemain bass).

Antara lagu popular kumpulan itu ialah Aladin, Relaku Pujuk, Kasih Latifah dan Laukku Cukup Masin. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here