Kejadian tembak menembak di Puchong palsu

0
3
grafik

POLIS Selangor menafikan kejadian tembak menembak membabitkan dua suspek dipercayai cuba menyamun sebuah premis di kawasan Puchong, Selangor.

Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, pihaknya mengesan satu rakaman video berdurasi satu minit 44 saat yang memaparkan kejadian berkenaan didakwa berlaku di sebuah klinik di Puchong yang tular di media sosial, baru-baru ini.

“Kami ingin memaklumkan dakwaan kejadian itu berlaku di Puchong, Selangor adalah tidak benar sama sekali dan ia adalah berita palsu.

“Hasil semakan pihak polis mendapati kejadian berkenaan berlaku di luar negara,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Arjunaidi turut meminta orang ramai supaya tidak membuat kesimpulan sendiri dan tidak mudah terpengaruh dengan sebarang bentuk berita palsu yang disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“Orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak membuat perkongsian atau menyebarkan sebarang berita diperoleh dari sumber tidak sah.

“Perbuatan ini boleh mencetuskan suasana panik serta boleh menggugat ketenteraman awam,” katanya.

Terdahulu, satu video berdurasi satu minit 44 saat memaparkan kejadian tembak menembak antara dua lelaki yang dikatakan cuba melakukan samun didakwa berlaku di sebuah klinik di Puchong, Selangor, tular di media sosial, baru-baru ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here