Sidang Parlimen: ‘Jangan sampai terkeluar Kad Merah’ – Najib

0
3
Pix via Malaysiapost

KERAJAAN diingatkan supaya tidak mengundang kemurkaan Raja-Raja pemerintah susulan kedegilan untuk memanggil Parlimen bersidang secepat mungkin.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini sekali lagi menzahirkan pandangan bahawa persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin.

Beliau berkata, pandangan Agong itu juga disifatkan sebagai ‘Yellow Card’ yang berulang kali dilayangkan kepada kerajaan.

“Titah YDP Agong tadi. Parlimen perlu bersidang semula secepat mungkin. Ordinan-ordinan Darurat yang yang sudah diwartakan kerajaan dalam tempoh Darurat (termasuk pengisytiharan Darurat) Perlu dibahas, diundi dan diluluskan dalam parlimen secepat mungkin.

“Ini dah Yellow Card ke berapa ini? Jangan sampai Raja-Raja Pemerintah murka. Jangan sampai terkeluar Kad Merah,” katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.

Al-Sultan Abdullah hari ini sekali lagi menzahirkan pandangan bahawa persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Istana Negara hari ini, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, baginda berpandangan, persidangan itu perlu dilakukan mengikut garis panduan dan prosedur operasi standard Covid-19 yang ditetapkan Kerajaan dan Parlimen Malaysia.

Baginda mengambil ketetapan itu setelah mengadakan pertemuan dengan Speaker Dewan Negara Tan Sri Rais Yatim dan Speaker Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun di Istana Negara, awal hari ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here