Kerana Zahid, Umno seperti parti kongsi gelap – Nazri

0
3
Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

DATUK Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mendakwa Umno kini ibarat sebuah kumpulan kongsi gelap.

Beliau mendakwa, tindak tanduk Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang sering mengelirukan ahli parti selain gemar membuat keputusan yang bercanggah dengan ketetapan parti, menyebabkan Umno dlihat mirip kumpulan kongsi gelap.

“Kena ingat PAU (Perhimpunan Agung Umno) kata tarik sokongan (kepada kerajaan PN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang. Bermakna sekarang ni tak boleh tarik sokongan. Ini bercanggah dengan PAU.

“Jadi mana satu, inilah kekeliruan dilakukan oleh Presiden yang menyebabkan parti kita ni macam kongsi gelap pun ada bentuknya, sebagai kartun pun ada seperti dia kata, flip flop.

“Sebab itulah saya rasa ahli-ahli Parlimen Umno telah rasa hilang keyakinan terhadap beliau sebagai Presiden,” katanya dalam temubual eksklusif bersama Malaysiapost.

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Padang Rengas itu berkata, banyak tindak tanduk Ahmad Zahid yang bercanggah dengan ketetapan PAU, antaranya ingin mengadakan kerjasama politik dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DAP.

“Saya dengan ini menyokong keputusan PAU yang baru-baru ini mesti dipertahankan iaitu tidak putus hubungan dengan PN sebelum pilihan raya, yang kedua ‘No Anwar’ dan ‘No DAP’,” katanya.

Dalam pada itu, Mohamed Nazri juga menggesa Ahmad Zahid segera mengadakan pemilihan Umno.

“Pemilihan mesti kena buat, tak ada sebab untuk ditunda  sehingga 18 bulan. Kita boleh kata alasan Covid-19 pasal tak buat, tapi bila Covid ni reda esok, buatlah pemilihan parti. Tak semestinya kena tangguh 18 bulan. MKN kata tak boleh buat pemilihan, tapi dia kata secara maya boleh.

“Saya tak minta dia tarik diri, tapi tempoh dia jadi Presiden habis pada 30 Jun ini. Pada saya kalau tempoh dah habis dia ‘care taker’ lah dan tanggungjawab dia untuk memastikan supaya kita adakan pemilihan baru. Jadi buatlah pemilihan baru.

“Orang kata nak suruh dia berhenti, bukan… Sebenarnya tempoh dia dah habis jadi Presiden Umno,” kata Nazri. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here