29 PPV lagi akan dibuka – PM

0
3
Seorang penerima vaksin melihat kad penerimaan vaksin setelah dicucuk vaksin AstraZaneca di PWTC.

KERAJAAN hari ini bersetuju memperuntukkan RM400 juta bagi menambah bekalan vaksin dalam usaha mempergiatkan lagi urusan pemberian vaksin Covid-19 untuk rakyat.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ia bermakna jumlah bekalan vaksin yang ditempah kerajaan adalah cukup untuk menampung 130 peratus populasi rakyat berbanding 120 peratus sebelum ini.

“Penambahan bekalan vaksin ini antara lainnya adalah sebagai stok penimbal tambahan serta bertujuan memulakan proses vaksinasi bagi 6.4 juta remaja berumur 12 hingga 18 tahun.

“Anak-anak yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini akan diutamakan,” dalam dalam perutusan khas Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih) hari ini.

Muhyiddin berkata, kerajaan juga bersetuju membuka 29 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) baharu, menaik taraf PPV sedia ada, melaksana PPV secara pandu lalu, PPV Bergerak dan program Outreach Home-to-Home.

Demikian itu, katanya, peruntukan keseluruhan berjumlah RM200 juta akan disalurkan kerajaan bagi tujuan tersebut.

Beliau juga menegaskan, kerajaan sedang memantau rapat dan membuat kawalan ketat berikutan penularan varian Delta Plus.

“Ia telah menyebabkan beberapa buah negara kembali mencatatkan peningkatan jangkitan dan terpaksa melaksanakan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Sehingga hari ini, kerajaan telah membuka sebanyak 341 PPV di seluruh negara yang terdiri daripada 320 PPV Awam, 13 PPV Mega dan lapan (8) PPV Institut Pengajian Tinggi (IPT),” ujarnya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here