Kerajaan selaras elaun khas RM600 bagi petugas kesihatan PICK

0
2

KERAJAAN hari ini bersetuju untuk menyelaraskan kadar pembayaran elaun khas daripada RM200 kepada RM600 kepada petugas barisan hadapan kesihatan.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ia melibatkan seramai 14,000 petugas barisan hadapan kesihatan yang terlibat dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Beliau berkata, penyelarasan elaun khas barisan hadapan kesihatan itu akan berkuatkuasa selama enam bulan bermula Julai 2021.

“Kedua-dua inisiatif ini melibatkan peruntukan tambahan sebanyak 200 juta ringgit. Peruntukan ini merupakan pengiktirafan berterusan kepada jasa dan sumbangan barisan hadapan kesihatan kita yang masih terus berjuang demi bangsa negara yang tercinta,” katanya.

Beliau membuat kenyataan tersebut dalam perutusan khas Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih) hari ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here