Kerajaan dengar keluhan golongan penggiat seni – PM

0
2

PERDANA Menteri hari ini mengumumkan peruntukkan bernilai RM100 juta dalam bentuk kemudahan pembiayaan dan sokongan bantuan kewangan bagi membantu golongan penggiat seni yang terkesan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, peruntukan itu antaranya meliputi insentif penghasilan karya dan kandungan digital, peluang kerjaya, program peningkatan kemahiran,dan caruman perlindungan di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Beliau berkata, peruntukkan berkenaan juga meliputi perolehan produk bagi tujuan produksi di televisyen, radio dan penciptaan lagu.

“Saya juga mendengar keluhan golongan karyawan, artis, pemuzik, pelakon, penggiat teater, penulis dan krew produksi yang turut terkesan ekoran syarat PKP yang tidak membenarkan mereka terlibat dalam aktiviti seni dan persembahan ketika ini.

“Maka, bagi membantu lebih 8 ribu penggiat seni dan terus menyokong industri seni dan kreatif tempatan, kerajaan akan memperuntukkan 100 juta ringgit dalam bentuk kemudahan pembiayaan dan sokongan bantuan kewangan,” katanya.

Beliau mengumumkan pemberian peruntukkan itu dalam perutusan khas Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih) hari ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here