PERDANA Menteri Tan Sri Mahiaddin Md Yassin hari ini mengumumkan satu lagi pakej bantuan bernilai RM150 bilion yang diberi nama Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi atau ‘Pemulih’
Ianya adalah pakej terbesar yang diumukan kerajaan sejak pakej Prihatin bernilai RM250 bilion yang diumumkan pada bulan Mac tahun lalu.
Pakej ini merangkumi suntikan langsung fiskal kerajaan sebanyak RM10 bilion.
Pakej terbaharu yang diumumkan hari ini adalah berdasarkan keadaan Sekatan Pergerakan Penuh yang dijangka berlanjutan kerana kes harian Covid-19 masih tinggi.
Kerajaan akan menyalurkan Bantuan Tunai langsung kepada rakyat berjumlah 10 bilion ringgit.
“Selaras dengan komitmen kerajaan untuk meneruskan agenda prihatin rakyat, sukacita saya mengumumkan bahawa sehingga hujung tahun ini, kerajaan akan menyalurkan Bantuan Tunai langsung kepada rakyat berjumlah RM10 bilion,” katanya.
Beliau membuat kenyatan itu dalam perutusan khas Perdana Menteri yang disiarkan secara langsung hari ini. – Malaysiapost

