Fizo Omar tak kisah jadi sukarelawan sepanjang PKP berkuatkuasa

0
4

PELAKON dan usahawan, Fizo Omar meluahkan rasa gembira apabila menjadi sukarelawan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

Malah nama sebenar Wan Hafizol Wan Omar, tidak kisah jika melakukan kerja amal itu sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 berkuatkuasa.

Pelakon berusia 36 tahun itu turut menawarkan dirinya untuk dipanggil di mana-mana PPV sebagai sukarelawan.

“Mana-mana PPV yang nak panggil saya sebagai sukarelawan sepanjang PKP, boleh mesej menerusi Instagram (DM) atau hubungi pengurus saya,” katanya dalam hantaran Facebook.

Menurut Fizo, dia akan sedaya upaya membantu apa yang sepatutnya sepanjang tempoh PKP dilaksanakan.

“Insya-Allah sepanjang PKP ini saya akan bantu apa yang patut supaya kita semua dapat vaksin secepat mungkin,” katanya.

Dalam hantaran lain, Fizo berkongsi gambar ketika bersama beberapa rakan artis lain seperti Nazim Othman, Amelia Henderson dan Puteri Aishah menjadi sukarelawan di PPV Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi.

Katanya, sukarelawan dalam bidang kesihatan amat diperlukan untuk melancarkan lagi proses pemberian vaksin.

“Kita memerlukan lebih ramai sukarelawan terutamanya jururawat, pembantu perubatan, doktor untuk sama-sama turun membantu memudahkan urusan pemberian vaksin kepada orang ramai,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here