Dua tren projek KLAV27 mula beroperasi

0
3

DUA daripada lapan set tren projek Kuala Lumpur Additional Vehicles 27 (KLAV27) sudah mula beroperasi semalam.

Prasarana dalam kenyataan hari ini, memaklumkan dua tren itu telah menyertai operasi harian kendalian Rapid KL dibawah Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya.

“Memperagakan angka 192 dan 193 sebagai nombor pengenalan tren, dua set tren pertama di bawah projek sudah menyertai operasi harian Rapid KL LRT Laluan Kelana Jaya selepas selesai menjalani sesi ujian dan pentauliahan; serta mendapat permit kelulusan beroperasi daripada Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).

“Mula digunakan semalam dalam operasi laluan rel urban negara yang paling sibuk, kedua-dua tren set empat-gerabak model Bombardier Innovia Metro 300 yang baru ini dilengkapi dengan beberapa ciri penambahbaikan; berbanding 14 unit set tren bermodel sama, yang digunakan sejak 2018 dan diperolehi di bawah inisiatif KLAV14,” katan kenyatan itu.

Pada masa sama, Rapid KL menerusi kenyataannya hari ini memaklumkan kesemua 27 set tren yang diperolehi di bawah projek KLAV27 dengan nilai RM1.7 bilion, lapan daripadanya sudah pun berada di Depoh LRT Laluan Kelana Jaya di Subang termasuk dua yang memasuki operasi harian semalam.

“Setakat ini, enam yang lain masih dalam pelbagai peringkat ujian, pentauliahan dan kelulusan daripada APAD sebelum disuntik masuk perkhidmatan harian.

“Ujian sistem brek, ujian kuasa tarikan tren (train traction power) serta ujian tanpa gagal (fault free run) adalah antara siri-siri ujian atau pentauliahan yang telah dilalui oleh tren-tren ini sebelum diluluskan oleh APAD,” katanya.

Tren projek KLAV27 dilengkapi dengan beberapa ciri penambahbaikan termasuk dalam sistem brek, sistem pintu penumpang, sistem pengurusan tren, sistem kuasa sokongan (auxialiary), dan pengenalan ‘Digital Route Map Display’.

“Ini adalah sebahagian daripada Sistem Informasi Penumpang yang diintegrasikan dengan sistem pintu, yang sebelum ini berjenis LED,” katanya. – Malaysiapost.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here