Tubuh Jawatankuasa Khas dan Perutusan Khas selesai isu minyak masak – Najib

0
2
najib razak

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mencadangkan kerajaan menubuhkan Jawatankuasa Khas dan Perutusan Khas bagi menyelesaikan isu berkaitan kenaikan harga minyak masak.

Beliau memetik laporan media pada 20 Januari lalu dan terbaharu 8 Jun lalu mengenai perkara tersebut yang disifatkan masih tiada jalan penyelesaian.

20 Jan 2021: Kerajaan Perikatan Nasional (PN) akan kaji kenaikan harga minyak masak botol.

8 Jun 2021: Kerajaan akan siasat kenaikan harga minyak masak botol setelah harga naik tiga kali ke RM34 sejak Januari.

“Dari PKP 2.0 hingga ke PKP 3.0 dan sampai ke penghujung total lockdown fasa 1 pun belum selesai kaji.

“Maka tubuhlah satu lagi jawatankuasa khas untuk kaji hasil dari siasatan dan kajian kerajaan,” katanya menerusi Facebook.

Selain itu, Ahli Parlimen Pekan itu turut mencadangkan kerajaan menggunakan hasil cukai durian runtuh untuk minyak sawit mentah bagi subsidi minyak masak 5 kilogram (kg) bertujuan menyelesaikan isu berkenaan dalam tempoh enam bulan.

“Cadangan saya (jika nak didengar kerajaan PN) ialah memandangkan kadar inflasi sudah amat tinggi pada ketika pendapatan rakyat berkurang masa lockdown, pandemik ini, peluang serta risiko bagi penyeludupan amat kecil setelah sempadan negara telah ditutup ketat sejak pandemik bermula dan hasil cukai durian runtuh bagi minyak sawit mentah melebihi jangkaan kerajaan.

“Maka gunalah hasil dari cukai durian runtuh minyak sawit untuk beri subsidi bagi minyak masak 5kg dalam botol untuk tempoh enam bulan sahaja bagi meredakan keadaan,” katanya.

Tambahnya, pada masa yang sama, memperluaskan lagi bekalan paket minyak masak 1kg bersubsidi sedia ada ke pasaran.

“Sekiranya tidak dibendung sekarang, harga makanan dijual restoran dan warung juga akan naik harga,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here