Boleh buat pemilihan awal jika situasi wabak bertambah baik – Tok Mat

0
2
Datuk Seri Mohamad Hasan

PEMILIHAN boleh diadakan lebih awal jika situasi penularan wabak Covid-19 semakin baik, kata Datuk Seri Mohamad Hasan.

Sehubungan itu, Timbalan Presiden Umno tersebut menegaskan pemilihan parti tidak semestinya ditangguhkan selama 18 bulan iaitu sehingga 2023.

“Tak semestinya kita perlu tunggu selama 18 bulan. Sekiranya situasi semakin baik, kita mungkin boleh mengadakan pemilihan lebih awal,” katanya ketika dihubungi Malaysiapost.

Mohamad menjelaskan, berdasarkan perlembagaan Umno, parti itu boleh menangguhkan pemilihan selama 18 bulan jika mendapat persetujuan majoriti anggota Majlis Tertinggi (MKT).

Semalam, Malaysiapost melaporkan Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dijangka akan terus kekal menerajui parti sehingga 2023 selepas MT mencapai resolusi bagi menangguhkan pemilihan parti itu.

Perkara tersebut dimaklumkan Tajuddin yang berkata majoriti ahli MT Umno bersetuju untuk menangguhkan pemilihan parti yang sepatutnya berlangsung bulan ini.

Menurut Tajuddin, Umno telah mendapatkan pandangan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) berhubung pemilihan Umno. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here