JUMLAH kes baharu Covid-19 yang dicatatkan hari ini adalah 5,812 kes menjadikan keseluruhan kes jangkitan terus meningkat kepada 722,659 kes.
Berdasarkan data dan infografik dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Facebook hari ini, Selangor masih merekodkan kes harian tertinggi dengan 2,187 kes membabitkan 237,307 kes kumulatif.
Ia diikuti Kuala Lumpur dengan 771 kes (73,967 kes kumulatif), Sarawak 673 kes (62,820 kes kumulatif), Negeri Sembilan 658 kes (41,665 kes kumulatif) dan Pulau Pinang 270 kes (33,863 kes kumulatif).
Melaka mencatatkan 223 kes baharu (17,022 kes kumulatif), manakala Johor 196 kes (69,370 kes kumulatif), Kedah 186 kes (24,250 kes kumulatif) dan Sabah 156 kes (68,388 kes kumulatif).
Pahang merekodkan 139 kes baharu (12,757 kes kumulatif), Labuan 123 kes (7,630 kes kumulatif), Kelantan 98 kes (34,184 kes kumulatif), Perak 72 kes (25,541 kes kumulatif), Terengganu 46 kes (11,092 kes kumulatif) dan Putrajaya 14 kes (2,223 kes kumulatif).
Perlis pula tiada kes baharu dilaporkan dengan 580 kes kumulatif setakat ini. – Malaysiapost

