Pemberian vaksin terus meningkat lebih 250,000 sehari

0
2
Petugas mencucuk vaksin AstraZaneca kepada seorang penerima vaksin di PWTC.

JUMLAH pemberian vaksin Covid-19 dalam sehari terus meningkat melebihi 250,000 sejak beberapa hari lalu apabila 268,604 dos suntikan diberikan semalam.

Ia meningkat berbanding 252,773 dos diberikan kelmarin serta 250,529 dos hari sebelumnya, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.

Menerusi ciapan di Twitter, beliau berkata seramai 1,898,770 individu telah melengkapkan kedua-dua dos vaksin Covid-19 setakat semalam.

Katanya, seramai 4,924,334 individu telah menerima dos pertama, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin setakat semalam ialah 6,823,104 dos. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here