Ucapan kemerdekaan selebriti tanah air

0
3

Datuk Syafinaz, penyanyi dan pensyarah muzik

“Kita selalu fikir ‘the grass is always greener on the other side’ sedangkan ‘hujan batu di negeri sendiri’, lebih baik di negeri sendiri’. Semua setujukan?
“Selamat Hari Merdeka yang ke-63”

Datuk Chef Wan, chef selebriti


“Kita mesti ajar anak-anak supaya tak boleh membezakan bangsa atau agama kita bila hidup di dalam satu negara.


“Kita nak orang hormati pendirian kita maka kita perlu dahulu hormati pendirian orang lain juga.”

Datuk Siti Nurhaliza, penyanyi no 1 negara

“Merdeka! Ya Allah, Lindungilah seluruh rakyat Malaysia dan Negaraku yang tercinta!

Datuk Aznil Nawawi, pengacara popular

“Bulan Kemerdekaan, bulan kesedihan. Buat Paknil bulan ini dan bulan depan sememangnya bulan kesedihan kerana dua abang Paknil kembali ke rahmatullah pada 2019.”

Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad, pakar motivasi

“Selamat Hari Merdeka ke-63. Semoga kita merdekakan diri dan jiwa dari semua jenis kebatilan. Jom sayang semua orang tanpa syarat.”

Hatta Dolmat, pereka fesyen

“Salam penuh Kemerdekaan untuk seluruh rakyat Malaysia di mana pun anda berada!

Nourul Depp, penyanyi

“Sejarah kita, siapa kita hari ini. Malaysia sangat megah kerana pemimpin yang sebelum kita berwawasan sangat tinggi untuk masa depan.

“Betulkan minda, betulkan hari, betulkan fokus dan sambung wawasan itu untuk anak-anak kita di masa depan pula. Love you Malaysia. Happy 63rd birthday.”

Hael Husaini, penyanyi

“Kekanda di medan seni, adinda di medan perang. Selamat Hari Merdeka 63.”

Nazim Othman, pelakon

“Merdekakan jiwamu! Perbezaan bangsa dan kepercayaan bukan penghalang kesatuan kita demi negara tercinta.

“Selamat hari ulang tahun Kemerdekaan yang ke-63, Malaysia!”

Lah Ahmad, penyanyi

“Bahtera merdeka (nyanyian) di tepi swimming pool dengan anak-anak. Salam Merdeka buat seluruh rakyat Malaysia jaga diri jaga kita.”

Dr Amalina Che Bakri, doktor dan pelajar terbaik SPM

“Selamat menyambut hari kemerdekaan ke 63, Malaysia!”

Dr Sheikh Muszaphar, angkasawan negara

“Selamat Merdeka ke 63. Setelah 63 tahun Malaysia kini Merdeka, adalah kita benar-benar bebas? Bebas dari dijajah – sudah pasti. Tapi kebebasan minda yang harus disemati.

“Salam Merdeka semua, semoga negara terus aman dan diberkati. Amin.”

Nabila Razali, penyanyi

“Jangan menilai hanya kerana citarasa kita berbeza. Semoga kita semua menjadi rakyat Malaysia yang lebih matang di tahun 2020 ini.

“Selamat hari Kemerdekaan yang ke-63 Malaysiaku,” – Malaysiapost

Nota : Petikan ini diambil tanpa ada suntingan