Ibu hamil penerima vaksin ke 3 juta

0
2

SEORANG ibu hamil yang menjadi penerima vaksin ke-3 juta, menzahirkan kegembiraannya apabila menerima suntikan tersebut.

Wanita dikenali sebagai Nur Amalina itu menzahirkan perasaan itu menerusi video dimuatnaik di Twitter Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) hari ini.

Dalam video berdurasi 47 saat itu, beliau meluah rasa bersyukur dan teruja apabila menerima pengesahan untuk menerima vaksin Covid-19 menerusi aplikasi MySejahtera.

“Saya rasa bersyukur dan excited (teruja) daripada subuh tadi selepas check (periksa) MySejahtera… dapat dekat sini dan hari ini juga. Alhamdulillah,” katanya.

Beliau turut meminta rakyat Malaysia untuk mendaftar segera di MySejahtera untuk mendapat vaksin supaya keadaan kembali seperti biasa.

Menerusi hantaran itu, JKJAV memaklumkan bahawa vaksin Covid-19 mampu melindungi golongan berisiko tinggi seperti ibu hamil.

“Jika kandungan anda berusia antara 14 ke 33 minggu, anda layak terima vaksin,” katanya. – Malaysiapost

Foto Kredit: TW/JKJAV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here