Menyuarakan hak rakyat tidak semestinya pembangkang – Zahid Hamidi

0
2

KEPENTINGAN rakyat melangkaui fahaman dan dimensi politik serta boleh disuarakan semua pihak tidak kira sama ada pembangkang atau kerajaan.

Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata maka adalah tidak benar jika parti atau pemimpin mana-mana parti politik bercakap tentang kepentingan rakyat dilabelkan seperti pembangkang.

“Bukan hanya parti pembangkang yang boleh bercakap tentang kepentingan rakyat. Parti politik mana sekalipun boleh bercakap tentang kepentingan rakyat.

‘Pemimpin politik mana sekalipun boleh bercakap tentang hak dan kepentingan rakyat. Perkara berkaitan hak dan kepentingan rakyat melangkaui fahaman dan dimensi politik.

“Maka tidak benar bercakap tentang kepentingan rakyat bercakap seperti pembangkang,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Beliau juga menegaskan bahawa bercakap tentang kepentingan rakyat di media sosial juga bukan kesalahan, kerana rakyat akan tahu ada pihak mengambil tahu isu rakyat dan memperjuangkan kepentingan mereka.

“Media sosial platform tidak rasmi menyampaikan mesej kepentingan rakyat.

“Insya-Allah saya akan terus bercakap tentang kepentingan rakyat di semua platform media sosial,” katanya yang turut mempunyai akaun media sosial di Twitter, Instagram, TikTok dan Telegram.

Menurutnya, media sosialnya itu digunakan bagi kepentingan rakyat dan akan membawanya ke platform rasmi Dewan Rakyat apabila Parlimen kembali bersidang kelak. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here