Malaysia catat 5,841 kes Covid-19 hari ini

0
2
Penduduk-penduduk penghuni Flat Pelangi Damansara diarahkan menjalani ujian saringan Covid-19 pada hari kedua ujian saringan sesi petang berikutan 23 orang penduduk disahkankan positif Covid-19 pada 21 Oktober yang lalu.

KES baharu Covid-19 masih membimbangkan dengan hari ini sebanyak 5,841 jangkitan baharu direkodkan, sekali gus menjadikan 716,847 keseluruhan kes sejak virus tersebut melanda negara ini.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), jangkitan baharu di Selangor kekal paling tinggi mengikut negeri iaitu sebanyak 2,072.

Negeri Sembilan pula mencatatkan 781 kes, Kuala Lumpur (552), Sarawak (581), Johor (346), Pulau Pinang (108), dan Melaka (247).

Sementara, Kedah merekodkan 271 kes, Kelantan (135), Labuan (212), Pahang (162), Terengganu (29), Perak (120), Putrajaya (17), dan Perlis (5).

Semalam, Malaysia mencatatkan 5,244 kes baharu dengan 83 lagi kematian akibat Covid-19. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here